Wednesday 7 June 2017

Ramadhan Bulan Al Quran



Bulan Ramadhan marilah kita basahkan lidah dengan Membaca Ayat- Ayat Allah 
Bulan Ramadhan yang di dalamnya mulai diturunkannya
 Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang nyata yang menunjuk kepada kebenaran, yang membedakan antara yang haq dan yang bathil




Allah –Subhanahu wa Ta’ala– berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيْهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَ بَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَ الْفُرْقَانِ
Bulan Ramadhan yang di dalamnya –mulai- diturunkannya Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan yang nyata yang menunjuk kepada kebenaran, yang membedakan antara yang haq dan yang bathil.” (QS Al-Baqarah: 185)






Salam Ramadhan

Assalamualaikum semua sahabat sekalian Salam Ramadhan.
Macam mana Ramdhan kita kali ini? Adakah lebih elok dari sebelum ini?? Mari tingkatkan Amalan kita....Usaha ya sahabat sayang semua...☺☺☺☺

Wednesday 14 December 2016

Al fatihah.. SEDEKAH PAHALA KEPADA MEREKA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA




MARILAH KITA DOAKAN BAPA YANG TELAH MENINGGAL DUNIA


MARILAH KITA DOAKAN IBU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA

ALFATIHAH, KEHILANGAN IBU TERSAYANG NOV 2016, ABAH 2008


😢😢


Disaat belum puas berbakti kepadanya.. Aku Redha dengan Janji Allah yang HIDUP PASTI MERASAI KEMATIAN.. terngiang-ngiang kata-kata mak.. jangan takut mati, banyakkan amalan jangan tinggal Solat........

Allah mak...

Memang tak terduga.. dikala seminggu sebelum mak pergi di pejabat Agak sibuk dengan urusan kerja..dikejutkan dengan mak pengsan pagi Ahad 20/11/2016 4.30pagi ... Ambulan datang amik mak..sesampai je di Hospital masa tu baru azan subuh.. Mak sedar ... Alhamdulillah.. sempat berjumpa dengannya.. 

Mak Ampunkan kami semua .. Maaf zahir batin halalkan makan minum ye Mak...  Mak kata ya,, dengan nada yang lemah tapi amat tenang..

Ketika itu air mata dah tak ingat dunia.. mengalir dgn lajunya.. Mak Allah sayang Mak... Mak ingat Allah jangan ingat yang lain2.. Mengucap dan Istigfar selalu ye Mak.. Mak anggung dan menjawab ya.. Dia Tenang sekali dan dia tahu dia akan pergi.. Tetapi penyesalan tetap ada kerana seminggu sebelum mak pengsan aku sangat sibok di pejabat...


Ya Allah Aku terharu, Syukur kerana kau izinkan aku dan adik beradik yang lain menjaga mak di Zon Merah Ahad- Selasa selama 2 hari..

Sanak Saudara, Adikberadik serta Ipar duai datang melawatnya.. kuat semangatnya untuk bangun.. tetapi mak dinasihatkan supaya jangan gerak banyak dan oksigen dalam badan terlalu rendah dan jantung juga lemah..


Malam tu Allah izinkan aku menjaganya sehingga pagi.. Alhamdulillah dapat juga temankan mak yang semakin lemah.. Kalimah Allah..Allah....Allah. tak lekang dari mulutku bisikkan di telinga mak.. Sehinggakan aku tak mapu untuk duduk,, kerana bimbangkan mak, Semoga mak dipermudahkan Allah...mak Allah sayang mak..



Pagi yang menyedihkan, aku terpaksa balik kerana dah menjaga sepanjang malam.. balik berehat pagi tu.. sampai pukul 2.30 ptg itu pon mmg x boleh tido..mengenangkan mak yang tak lama hayatnya.. mmg terasa terkilan tapi kena Redha..Mak seorang yang tabah diuji dengan kesakitan dari 1992 dan Telah kehilangan Suaminya Abahku pada tahun 2008.. kami yakin janji Allah pada hambanya yang taat beribadah.. 

Ya Allah Andai inilah takdirmu,, jangan kau sakiti dia... Ambillah dia  dengan mudahnya husnul Khatimah.. mudahkan urusannya.


Sesampainya di Hospital dalam 3.00 Petang mmg doktor dah bagi tau adikku.. ketika itu dia menjaga mak, mak mmg amat tenat.. kami pon memang tak tinggal bisikan.. Allah..Allah.,,..Allah.. terlihat mulutnya berkumat-kamit.. senyum seperti tau masanya akan tiba..Allah jangan kau ambil dengan kasar ya Allah ambillah dia dengan lembut selembutnya...Alhamdulillah mak sungguh tenang wajahmu ...Allahuakbar..Pukul 4.27 aggaran waktu Asar mak menghembuskan nafasnya yang terakhir... Allah ..Allah..Allah..
Aku Redha ya Allah...


Kami adik beradik memandikan mak bersama 2 orang pengurus mandi jenazah  di Hospital, dan suami kami pergi memaklumkan pihak masjid, kebetulan ada untuk kebumi malamnya..
Alhamdulillah rezekimu wahai mak... diringankan jenazahmu dipermudahkan urusanmu...

Selepas Solat isyak mak dikebumikan.. itulah berakhirnya dengan cukup ringan dan mudah..

Semoga mak & Abah dipermudahkan di Alam Barzakh..Kita juga akan berangkat sama mak cuma masanya hanya Allah yg tau... bila-bila masa akan MATI..
                                           Gambar Hiasan

APA PASTI ANAK-ANAKMU, MENANTU-MENANTUMU, CUCU-CUCUMU , AKAN SENTIASA MENDOAKANMU.. TIDAK SESEKALI AKAN MENINGGALKAN DOA UNTUKMU...DOA ANAK YANG SOLEH/SOLEHAH PASTI DITERIMA ALLAH...







Monday 18 July 2016

Pasrah atau Redha.....



betul tak????????????

kita manusia biasakan....kadangkala mmg rasa terbeban dengan dugaan ..Kadangkala berduka memirkirkn perkara yang lalu..dan apa bakal terjadi akan datang..

Ya Allah hanya padamu kami bersandar dan hanya Kau lah yang memimpin kami..lindungilah kami Ya Allah..

redha tu, lebih tinggi dari sabar..kalau sabar kita senyum diluar(bibir), tapi hati kita menangis.. 


kalau redha lak kita akan senyum diluar dan dalam... kiranya kita terima dengan hati terbuka.. 
(susahkan),,pasrah lak,nak ke tak nak kita kena terima ujian tu jugak sebab dah tak boleh nak elak.. kiranya dia tak terima tapi terpaksa hadapi..

Ustaz cakap, cara nak tahu kita nie tergolong dalam golongan redha atau pasrah.. bila kita mula2 hadapi ujian, tengok samaada kita senyum dulu baru menangis atau kita menangis dulu baru senyum.. kalau kita senyum dulu,maknanya kita redha.. tapi kalau kita nangis dulu, maknanaya kita pasrah..


Thursday 14 July 2016

didik anak kita

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.).


Mendidik anak memerlukan ilmu pengetahuan yang cukup dan seorang ‘role-model’ untuk diteladani. Bagi umat Islam, contoh teladan yang terbaik adalah rasul junjungan yang mulia, Nabi Muhammad S.A.W. Baginda umpama ensiklopedia sebagai penyuluh buat segenap manusia.

Semua anak yang dilahirkan adalah pembawa rahmat dan rezeki buat semua  keluarga. Mereka dilahirkan penuh dengan kelebihan dan keistimewaan. Tiada istilah mereka dilahirkan membawa ‘nasib malang’ atau tidak elok buat kita.

Dilema ibubapa hari ini apabila setiap usaha yang mereka lakukan untuk mendidik anak-anak umpama mencurah air didaun keladi. Tiada apa perubahan positif yang terjadi pada tingkahlaku mereka. Jika tugas sebagai seorang guru di sekolah boleh mendidik beratus-ratus anak murid, tetapi ianya bukan jaminan kita mampu mendidik pada anak sendiri. Tertanya-tanya dimanakah silapnya.

Baik guru, pensyarah mahupun pakar motivasi semuanya adalah manusia biasa. Tiada satu formula yang ideal dalam usaha membentuk anak-anak untuk menjadi orang yang cemerlang. Apa yang terbaik adalah berbalik kepada fitrah dan sunnah yang telah sekian lama diamalkan oleh Rasulullah S.A.W.

AMALAN WANITA KETIKA HAID

Amalan Ketika Haid Dan Nifas


Terlalu banyak amal-amalan yang boleh kaum hawa lakukan ketika datang haid dan nifas atau dalam berhadas. Antara amalan tersebut adalah:-
.
1)      Berdoa ~ berdoalah untuk apa saja tujuan
2)      Memperbanyakkan beristighfar dan bertaubat
3)      Memperbanyakkan zikir kepada Allah سبحانه وتعالى.
4)      Berselawat ke atas Nabi, seperti Selawat Taisir, Faith dan Nariyah.
5)      Qiamullail menghidupkan malam dengan;
a.      Bermunajat
b.      Bertafakur
c.      Berzikir; bertahlil, bertahmid, bertasbih dan sebagainya.
6)      Memuhasabah dan menghitung diri
7)      Membaca zikir Asmaul Husna
8)      Bersujud ketika mendengar ayat sejadah
9)      Membaca dan menghafal kitab-kitab Hadis
10)  Membaca buku, majalah dan risalah agama.
11)  Mengulangi surah-surah yang biasa diamalkan
12)  Mengkaji dan memahami terjemahan al-Quran
13)  ‘Tolabul Ilmi’ (menambahkan ilmu pengetahuan)
14)  Membaca Al-Ma’thurat (niatkan untuk berzikir)
15)  Mendengar ceramah melalui tv, dvd, youtube dsb.
16)  Mendengar bacaan al-Quran dari qari dan qariah yang baik
17)  Menghadiri/mendengar majlis-majlis ilmu yang diadakan
18)  Membasuh pakaian beribadat seperti telekung dan sejadah
19)  Membantu juga mencuci peralatan solat surau dan masjid
20)  Bersabar dan menjaga tutur kata serta kebersihan diri
21)  Berkhidmat dan membantu suami dan keluarga
22)  Melaksanakan urusan rumah dan keluarga
23)  Sediakan makanan untuk orang bersahur
24)  Memberi makan orang yang berpuasa.
25)  Melakukan kerja-kerja rumah
26)  Berbakti kepada Orang Tua
27)  Perbanyak infaq dan sedekah
28)  Melakukan khidmat masyarakat.
29)  Melakukan perbincangan ilmiah
30)  Menjalankan kerja-kerja dakwah
31)  Belajar dan bekerja dengan sabar dan tekun
32)  Menjalin dan mempereratkan tali silaturahim
33)  Melafazkan ucapan takbir ketika hari raya
34)  Menghadiri Solat Hari Raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha)
35)  Mengerjakan segala ibadah haji dan umrah kecuali tawaf dan solat.
.
Ketika membaca dan menghafal surah-surah, berdoa, istighfar dan zikir yang diambil dari al-Quran hendaklah dibaca dengan niat untuk berdoa, berzikir dan beristighfar, bukan dengan niat membaca al-Quran.

Menurut pandangan Jumhur ulamak termasuk Imam-Imam mazhab empat; Diharamkan ke atas orang yang berhadas besar membaca al-Quran dengan lisannya sekalipun satu ayat. Mereka berdalilkan hadis dari Ibnu Umar yang menceritakan Rasulullah ﷺ bersabda; “Janganlah wanita dalam haid dan orang yang berjunub membaca sesuatupun dari al-Quran.” (HR Imam at-Tirmizi dan Ibnu Majah).
Berdasarkan hadis ini, jumhur ulamak memutuskan; orang-orang yang berada dalam haid dan junub dilarang membaca al-Quran dengan bersuara. Adapun membaca dengan hati (tanpa menggerakkan lidah), diharuskan.

Imam Malik pula berpandangan; Diharuskan wanita dalam haid dan nifas membaca al-Quran dari ayat-ayat yang dihafalnya jika dibimbangi dan takut hilang dari ingatannya jika tidak dibaca sepanjang tempoh haid atau nifasnya. Namun, orang berjunub dilarang sama sekali membaca al-Quran.
.
.
Selain dari 35 amalan sunat di atas, pada hari pertama ‘keuzuran’ boleh juga dibaca ‘Doa Wanita Ketika Datang Haid berikut:

Doa Ketika Datang Haid dan Nifas
.
.
Allah سبحانه وتعالى berfirman:

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالْعَصْرِ ﴿١﴾ إِنَّ الْإِنسَانَ لَفِي خُسْرٍ ﴿٢﴾ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ ﴿٣

“Ðemi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.”

(Surah al-‘Asr 103: Ayat 1-3)